PENANJONG GARISON, Isnin, 21 Mac 2022 – Sekolah Pertukangan Tentera, Institut Latihan ABDB (IL ABDB) telah mengadakan Majlis Pembukaan Kursus Pegawai Kewangan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Audit Akaun Perkhidmatan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bagi Sesi 2021.
Majis pembukaan kursus tersebut telah dirasmikan oleh Mejar Roziahani binti Mohd Jaya, Timbalan Pegawai Turus Kewangan Cawangan Latihan Kewangan, SPT IL ABDB. Kursus ini disertai oleh sejumlah 04 anggota yang terdiri daripada 04 Pegawai ABDB bermula pada 21 Mac 2022 hingga 15 April 2022.
Kursus ini dijalankan selama empat (04) minggu yang bertujuan untuk melayakkan pengetahuan serta kemahiran dalam mengendalikan Akaun Perkhidmatan serta pengurusan gaji dan elaun anggota ABDB. Memahami fungsi dan tanggungjawab Pegawai Kewangan dalam mengendalikan pentadbiran pejabat dan pengurusan gaji anggota ABDB di bawah unit masing-masing. Kursus ini dikendalikan di dalam dua (2) modul pelajaran iaitu, Pelajaran Hal Ehwal Kewangan ABDB dan Audit Akaun Perkhidmatan ABDB. Ianya juga adalah sebagai salah satu kursus Mandatori Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dalam mendokong kriteria bagi sokongan kenaikan pangkat yang lebih tinggi.![pr233.jpg](/PublishingImages/Lists/News%20Headlines/a/pr233.jpg)